Pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng memberikan mata kemenangan buat Malaysia selepas cemerlang menundukkan pemain Indonesia, H Rumbaka 21-10, 21-17 di Separuh Akhir Kejohanan Piala Thomas & Uber di New Delhi, India, sebentar tadi.
Malaysia layak ke akhir selepas menewaskan Indonesia 3-0. Malaysia akan menentang Jepun pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber Li Ning BWF 2014 di Stadium Siri Fort pada Ahad ini.